Sunday, October 1, 2017

SELAWAT: AGAR DIKENALI RASULULLAH KETIKA MASIH DI DUNIA

AGAR KITA DIKENALI RASULULLAH SAW KETIKA MASIH LAGI DI DUNIA
.
.
.Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).


Perbanyakkan selawat di hari jumaat

Saturday, February 4, 2017

AURAT WANITA

#sumber fb

Resepi Kerepek Bawang

#sumber fb

Bahan-bahan :

bahan pedas :
3 cwn tepung gandum
2 batang serai*
2 inci lengkuas*
4 biji bawang putih*
7-8 biji bawang merah*
4 sb cili mesin/giling(nak pedas lebihkan)
2 sudu kecik udang kering (ditumbuk)
garam + ajinamoto secukup rasa
1/2 cwn air

bahan putih :
3 cwn tepung gandum
5-6 sb butter/majerin
garam + ajinamoto secukup rasa
air secukupnya

cara-cara :
-doh pedas
1) blenderkan bahan bertanda * hingga lumat sebati. tapis asingkan bhn2 blnder gn airnya ketepikan
2) dlm bekas yg lain masukan tepung,garam+ajinamoto,udang kering,cili mesin dan bawang yg diblnder tadi. kemudian gaul sebati sambil masukan air yg diasingkan tadi.
3) bentukan doh yg agak-agak boleh dicanaikan. bahagi tepung kepada 6 bulat2.

-doh putih
1) masukan tepung garam+ajinamoto,majerin dan air. jadikan doh.
2) bahagi tepung kepada 6 bulat2.

- 1) selesai membuat doh utk kedua2nya. canai tepung pedas. dan kemudian yg putih. gabungkan. canai kedua2 lapisan sehingga nipis. gulung. kemudian potong nipis2 dengan pisau yg tajam.
2) goreng hingga kekuningan. dan siap untuk dimakan...

PS   Kalau nak mudah dipotong msukan dlm peti beku utk beberapa jam kemudia bru dipotong2

KEK LUMUT LAPIS CHEESE

#sumber fb

BAHAN A

250 GM CREAM CHEESE
50 GM GULA CASTOR
1 SUDU BESAR SUSU CAIR
1 SUDU BESARLEMON JUS
1 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR

(PUKUL SEMUANYA SEHINGGA SEBATI)

BAHAN B

1 CAWAN TEPUNG GANDUM-AYAK
1 CAWAN HORLICK
1 CAWAN SUSU PEKAT MANIS
1 CAWAN MINYAK MASAK
4 BIJI TELUR(B)
4 SUDU BESAR SERI KAYA
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA

MASUKKAN MINYAK DGN SUSU-MIXER SEBATI
MASUKKAN TELUR SATU PERSATU
MASUKKAN SERI KAYA
MASUKKAN TEPUNG BERSELANG SELI DGN HORLICK
ISI PEWARNA HIJAU DAN ESEN VANILLA
BAHAGI 2
SETIAP LAPISAN 30 MINIT
ISI ADUNAN CHEESE,KUKUS 20 MINIT
LAPISAN TERAKHIR 30 MINIT,,KUKUS SAMPAI MASAK

*RESEPI DARI GROUP"RESEPI RINGKAS*TQVM

KEK BATIK

Minum ptg..kek batik..resepi simple..

Bahan2 :
* butter 250g
* susu pekat 3/4 tin
* milo 2 cwn
* serbuk koko 3 sdm
* beskut marry 30 kpg
* badam sanggai segenggam

Cara2 :
* cair kan butter dlm periuk..api slow..
* masuk Milo, serbok koko, susu..kcau sebati
* patahkan beskut marry dlm mangkuk
* curah bahan yg masak tdi..gaul..masukkan
   badam..gaul sebati
* alas bekas dgn aluminium foil..sy guna
   bekas yg buat kek pisang
* tuang & ratakan..simpn smlm dlm peti ais
* utk topping sy just cairkan milk compound
   Beryls campor sikit susu..tabor badam sikit

Kek Tiramisu

#sumberfb

Bahan:
*sediakan sponge cake
** saya guna biskut Bonomi

Isian keju:
250gm krim keju
120gm gula kastor
150gm yogurt perisa asli
200gm whipping cream/ krim putar
20gm gelatin
80ml air panas
Sedikit serbuk milo dan koko

Cara:
A - Pukul whipping cream hingga kental, simpan dalam peti ais.
Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut.
Masukkan yogurt dan pukul hingga sebati.
Cairkan gelatin dengan campurkan air panas.
Setelah sejuk sedikit, masukkan ke dalam adunan keju tadi.
Masukkan whipping cream tadi, kacau sebati.

----satu cara lagi:

B - Pukul whipping cream hingga kental, simpan dalam peti ais.
Krim keju dipotong dadu, masukkan ke dalam periuk yg dicampur ngn gula kastor.
Panaskan atas api yg kecil hingga cair. Pastikan sentiasa dikacau.
Masukkan yogurt, kacau sebati.
Cairkan gelatin dengan campurkan air panas.
Padamkan api. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan semula ke dlm mangkuk pgadun. Masukkan Whipping cream tadi, kacau sebati.

Celupkan biskut Bonomi dengan air susu suam (jika guna susu pekat tmbah air, jgn terlalu manis / blh juga guna susu UHT)
Atau celup dalam air milo.
Susun biskut pada dasar bekas plastik / blh guna guna Loyang jenis ‘losse tin’
Taburkan serbuk milo dan koko (jika nak salah satu pon blh )
Masukkan adunan keju tadi, kemudian masukkan biskut…berselangseli dengan adunan keju.
Akhir sekali, hias dengan serbuk oreo dan parutan keju cheddar, Atau taburkan serbuk koko n coklat parut.  ( blh ubah ikut citarasa)
Masukkan dalam p/sejuk 1-2jam utk bekukan adunan keju- untuk yg dlm bekas plastik, utk sebiji kek plu simpan 4-5 jam sebelum dipotong.
Sesuai dimakan masa ia sejuk.

***** untuk lapisan biskut, saya guna serbuk oreo / biskut marie 200gm + 70gm mentega/ butter yg dicairkan... gaul rata kemudian tekan pada dasar loyang. simpan dlm p/ais 30min.

<3 SELAMAT MENCUBA <3

PUTERI AYU CHEESE

#sumber fb

2 biji telur
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan atau susu cair
1 sudu teh ovalette
Pewarna pilihan
Sedikit esen vanilla atau perisa pilihan

BAHAN CREAM CHEESE
250 gm cream cheese
80 gm gula castor
25 ml air
20 gm tepung gandum
1 biji telur

Satukan kesemua bahan2 cheese dan pukul hingga licin dan sebati. Ketepikan.

CARA2NYA:-

1. Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang.

2. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.

3. Masukkan santan atau susu cair & tepung dan pukul lagi hingga sebati.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.

5. Jika nak perisa yang berlainan, boleh letakkan perisa untuk setiap bahagian.

6. Sediakan acuan puteri ayu secukupnya. Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak.

7. Didihkan air di dalam kukusan.

8. Isikan adunan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api sederhana.

9. Setelah itu, letakkan adunan berwarna hingga penuh dan kukus lagi lebih kurang 7-10 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dari acuan.

* Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih
*Gunakan api yang sederhana untuk mendapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.

NOTA dari Aini Binte Madon
Saya masukkan adunan tepung dan adunan cheese ke dalam piping bag supaya mudah dan cepat untuk isi ke dalam acuan.

SELAMAT MENCUBA...

#KEK KUKUS LAPIS

#sumber fb
.

#KEK KUKUS LAPIS

*1cawan planta
*1cawan gula halus
* 8biji telur
*4sudu susu cair
*1sudu ovelete
*1sudu kecil baking powder
*1paket biskut Marie dikisar halus
*1tin kaya pandan
*2sudu serbuk koko
*sedikit pewarna hijau

________________

Cara2nye:
1.pukul planta Dan gula sampai gebu
2.masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang.
3.masukkan ovelete,serbuk penaik,
Biskut marie ,kaya dan susu cair.
Pukul sebati
4.bahagikan menjadi 2 adunan
5.1adunan dimasukkan pewarna hijau
6.1 adunan dimasukkan serbuk koko
7.letakkan selapis adunan Dan ratakan
8.kukus selapis demi selapis selama 10 minit setiap lapisan  dgn pengukus....

#sila share Dan tag nama sendiri ye...
#alas loyang dgn kertas minyak yg telas d sapu butter untuk mudah keluarkan Kek dari loyang

Spaghetti Aglio Olio

#sumber fb
by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

1 paket spaghetti
100 gm udang (boleh letak sotong, atau apa2 seafood yg uolls suka
chilli flakes
2/3 cili kering - potong halus
3 ulas bawang putih - dadukan
daun parsli - cincang halus
sedikit minyak zaitun
garam secukup rasa
serbuk oregano
serbuk lada hitam (kasar)
sedikit serbuk lada putih

- Didihkan air, masukkan garam dan minyak. Kemudian rebus spagheti hingga lembut, toskan
- Kuali lain, panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga naik bau.
-Kemudian masukkan udang dan segala seafood yg uolls nak, masak hingga udang berubah warna
- masukkan cili kering dan sedikit chili flakes.. ikut la nk pedas mana.. Nak pedas letak lebih..
-Renjiskan serbuk oregano, serbuk lada hitam dan sedikit lada sulah. Perasakan dengan garam
-Masukkan spagheti dan gaul rata.

dah siap.. Tabur la sedikit chili flakes dan parsly atas tu...

7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH

#sumber fb

1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal

Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. Hari Terbang Yang Sesuai

Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil

Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

6. Buang ‘Cookies’

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

7. Bandingkan Harga

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:

1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

#CCM2016

Friday, February 3, 2017

ROTI NAN CHEESE *resepifesbuk

ROTI NAN CHEESE
( cara saya)simple
Sumber resepi : Kamariah Maria

Bahan2..
1kilo tepung gndum
½cawan plnta
½cawan gula
2½cawan air
1 sdb mauripan
Cheese keping

Cara2:-

Masukn gula dalm air kacau..

Masukn tepung,planta,mauripan dlm bekas gaul sampai sebati...pastu tuang air +gula kedlm tepung sikit2 dn uli sampai tepung x melekat tpi jagn keras bncuhan....tutup ngn kain basah dn perap dlm ½jam.

Bila bncuhan dh naik tumbuk2 kn tepung tu..pastu uli bulat2 besar dn masukn chese kdlm tepung kn cnaikn leper....biar dlm 15 minit pastu msak dlm kuali pan dgn api perlahan...tutup kuali dgn penutup dn bila dah npak masak sapukn ngn majerin...tu mmbuat roti jdi sedap bau nye...potong dn boleh mkn cicah nn kari dal atau trpulng nk cicah ape aje ....

ASAM PEDAS BEREMPAH *RESEPIFESBUK




Jagung viral cheese leleh *sumber fesbuk

Saya daahh..anda bila lagi πŸ˜†πŸ˜†..Jagung viral cheese lele
h2..lemak berkrim disukai ramai πŸ˜‹πŸ˜‹

sumber resepi : Sharifah Azalini Al Jafry

Jagung 6 ketul
Susu cair 1 tin
Susu pekat 3 sudu besar
Air secawan
4 sudu butter
2 keping cheese( x nk letak xpe)
Gula n garam sckup rasa

Rebus jgung guna air biasa dlm 15min..keluarkn jagung msukkan bahan2..masak dlm 10min masukkan jgung..blancekan manis n masin..reason keluarkn jagung sb x nk overcook n nti jd kecut x sedap.timing masak agak2 je asalkan jgung empuk ..susu pekat klo nk manis lebihkan..bahan2 ikut sukatan sndri je

KARIPAP UDANG CARROT

Cetusan idea Nornahar Akhmar
 Group.MAHN

Kulit karipap JJ Versi karot
Sumber: jalilah jepon

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar majerin
1/2 sudu teh garam halus
3/4 cawan air @ 120 gram biasa jgn tuang semua agak2 xmelekat ditangan
 1/2 batang karot disagat halus
5 helai daun bawang di hiris halus
Sedikit krim super
Minyak untuk mengoreng

Inti kelapa pedas versi ikan

Cara penyediaan

Ayak tepung gaul dengan majerin atau butter jadi serbuk roti.campurkan daun bawang dan karot kacau rata.
Larutkan garam dengan air...dan tuang sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh dan sapu krim super dan uli hingga licin dan perap 10 minit dan baru timbang doh 20@25 gram .gelek dan isi inti dan kelimkan ...

Untuk mengoreng campurkn shorteng 1 sudu besar semasa hendak mengoreng..biar gebus montok karipapnya

Puding Marble Coklat susu

Resepi Fesbuk
Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )

2 gelas air
1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
2 Gelas susu segar/ susu tin cair
3 biji kuning telur
3 sudu besar mentega/majerin
1 sudu besar serbuk koko(sy gn choc emulco)
1 sudu besar tepung kastard
1 gelas gula (sy gna 2/3 gelas)

Cara-cara membuat :

Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.

Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.

Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.

Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.

Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.

Note:
Resepi asal menggunakan sukatan gelas.
1 gelas=240ml.Guna gelas yg sama untuk semua sukatan

Resepi Apam Pisang

Resepi Apam Pisang
Pemilik resepi : ‎Shima Bakar‎
Group : Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Semua pakat melentok nak lari keluar

Sumber Resepi : cikgu Suzanah Zakaria:-)

Muffin Pisang Kukus @ Apam Pisang Comel Gediks2.. 😜😜

Bahan2:

2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
2 sk soda bicarbonat
# Ayak semua bahan diatas #

Bahan blender :

1 cawan minyak masak
1/2 cawan gula @ 1 cawan kalau nak manis (saya buh 1 cawan..sedang manis ikut tekak saya..hehe)
3 biji telur gred A - kalau xde A..hangpa guna B pun takpa lah..jgn E lak..πŸ˜‚πŸ˜‚ A baguslah..naik gebu mcm hakakkkk... Weekkkk...😜😜
5 biji pisang Berangan @ Emas @ Cavendish..hat cavendish ni mahai..tapi sedappp...
1 sk esen vanilla@esen pisang - takde pun takpe tapi ada lagi sedap..
# Blend semua bahan diatas hingga sebati #
Hirisan pisang untuk hiasan

Cara2nya :
* Masukkan semua bahan kisar ke dalam tepung yg diayak tadi.. kacau2 guna senduk ke spatula ke apa2 je lah..janji rata sebati adunan tu okeee...
* Masukkan dalam paper cup @acuan lompang.. Guna acuan kene sapu minyak sikit tau..sekali tu je sapu..jgn lak korang sapu minyak setiap kali nak kukus apam tu..sampai minggu depan pun tak siap2..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
* Kukus selama 15 minit. Api mesti besaq noooo...
*Ok..tu jer..sempoi kannnn.. 😊😊

ada masalah psoriasis,ruam bayi & semua jenis penyakit kulit? dapatkannya disini >> https://goo.gl/yb8iIf

Nak lagi resepi? like je Sedapnya Resepi Ini

Follow Resepi Sedap Di IG : https://www.instagram.com/resepisedap/

BROWNIES *resepifesbuk

RESEPI BROWNIES nescafe
 saya paling suka makan kek ini sebab dia tak rasa kek sangat. Tak macam kek biasa.
Sedap niiiee....sekali makan anda pasti nak lg dan nak lagi....bila anda nak makan lagi tengok twngok dh habis....sebab sedap sangat sangat..cubalah

bahan-bahan:

1 sudu kecil indo nescafe atau nescafe
4 biji telur
2 cawan gula
250 grm mentega cair ( satu ketul) anda boleh cairkan dalam mikrowave tapi jangan hangus!!!
1 ½ sudu teh vanila
2 cawan tepung
¼ sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

penyediaan:

Pukul telur.
Tambah gula, vanila dan kacau.
Tambah mentega dan terus diadukkan
Tambah tepung yg telah diayak (dengan serbuk penaik) masukkan garam dan milo@ nescafe
Kacau bahan-bahan sehingga sebati tapi jangan terlalu lama
Tuangkan ke dalam acuan.
Dan dibakar selama 25 minit pada suhu 180 ΒΊ C dan untuk memastikan masak atau tidak... masukkan lidi di tengah2 kek, dan sekiranya tiada tepung yang melekat pd lidi dan lidi dikeluarkan bersih...itu tandanya dah masak dahhhh!!! selamat mencuba..

KEK BATIK *RESEPIFESBUK

dah byk kali buat dgn pelbagai jenis resepi akhirnya jmp yg trbaik..

bahan2 :
1 paket biskut meri (sy guna yg 600grm)
1 ketul butter (250grm)
4 biji telur
1 cwn milo
1 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn nestum
1 cwn air masak
1/2 cwn gula (resepi asal ada tp utk yg ni,sy xletak pun gula sbb xsuka manis)

cara2 :
masak butter,guna api yg sgt slow.then masukkn milo,serbuk koko n susu pekat.bila agak2 nk mendidih,masukkan telur dan lastly masukkan air.kacau hgga agak pekat (jgn pekat sgt.agak2 je).ttup api..masukkan nestum n patah2kan biskut.kacau smp sebati..then masukkn dlm loyang/bekas..mampatkn semampatnya..last,smpan dlu dlm fridge selama 30minit sblm makan..
selamat mencuba 😘

[ PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN ] *petuafesbuk

[ PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN ]

Segelas susu halia memang terbaik sedap dan bagus diamalkan ;)

Rebusan Serai Halia + Susu 😍😍
     
 πŸ‘‰ Ambik 3 batang serai
     
πŸ‘‰  4cm halia  @2 ketul
 
**Diketuk kedua  bahan di atas.
**Direbus  dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air dan masukkan susu kesukaan contoh anlene.
**Tunggu suam diminum.
.
Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali. Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa  letih dan lenguh2 badan.  kolestrol  tinggi  dan sakit urat saraf.   Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

.
Bawang putih dibakar beberapa ulas. Untuk  melegakan perut dan badan yang banyak angin. Boleh juga makan  bawang putih yang dibakar ;)
.
Kredit foto Suzy Honey
Sedekahkan al-fatihah untuk petua ini.
Page Suzyhoneyherbs Jamu Asli

Cik Vanilla Coklat Cheese *resepifesbuk

By Eiyjan Aziean Angah

Bahagian cheese
500gram cream cheese
2biji telur
Sedikit esen vanilla
2sudu tepung hongkong
Gula 1 gelas/140g gula halus

>>Satukan semua bahan diatas,mix sampai sebati .
Panaskan oven dgn api 140c.bergantung pada oven masing masing.bahagian cheese ni dibakar guna kaedah double boil .panaskan dulu air dlm tray.baru bakar.guna api atas bawah. Bakar sampai cukup masak.

Bahagian coklat
250g butter atau mentega
1cawan 1/2 gula halus
1cawan susu pekat manis
1cawan chocolate powder
1cawan 1/2 tepung hong kong/tepung kek/tepung gandum biasa
Sedikit esen vanilla
3/4cawan tepung aiscream perisa vanilla
5biji telur gred B
1sudu mkn browning sugar(tak letak pun tak ape)

>>Mix gula,esen vanila dan mentega sampai putih kembang.
Masukan telur satu persatu.
Mix sebati.
Masukan susu pekat dan browning sugar.mix lagi.
Masukan pula chocolate powder.mix sebati.baru masukan tepung aiscream vanilla dan tepung hongkong.mix sebati dgn kelajuan paling rendah.
Lapiskan bahagian coklat diatas bahagian cheese tadi..Bakar mcm biasa .tak perlu guna kaedah double boil.. guna api atas shj dgn suhu 140c ..bergantung pada suhu oven masing masing.. untuk pastikan kek dh masak atau belum,cucuk lidi pada tengah tengah kek.kalau lidi keluar bersih.ok dah masaklah tu..
Sabar!!!!!jgn potong dulu.bagi dia sejuk dulu.. sebab tak nak Cik Vanilla Coklat Cheese comot dan hodoh..hehe.. jgn Marah...
Selamat MencubA!!!!!