Sunday, October 1, 2017

SELAWAT: AGAR DIKENALI RASULULLAH KETIKA MASIH DI DUNIA

AGAR KITA DIKENALI RASULULLAH SAW KETIKA MASIH LAGI DI DUNIA
.
.
.Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).


Perbanyakkan selawat di hari jumaat

Saturday, February 4, 2017

AURAT WANITA

#sumber fb

Resepi Kerepek Bawang

#sumber fb

Bahan-bahan :

bahan pedas :
3 cwn tepung gandum
2 batang serai*
2 inci lengkuas*
4 biji bawang putih*
7-8 biji bawang merah*
4 sb cili mesin/giling(nak pedas lebihkan)
2 sudu kecik udang kering (ditumbuk)
garam + ajinamoto secukup rasa
1/2 cwn air

bahan putih :
3 cwn tepung gandum
5-6 sb butter/majerin
garam + ajinamoto secukup rasa
air secukupnya

cara-cara :
-doh pedas
1) blenderkan bahan bertanda * hingga lumat sebati. tapis asingkan bhn2 blnder gn airnya ketepikan
2) dlm bekas yg lain masukan tepung,garam+ajinamoto,udang kering,cili mesin dan bawang yg diblnder tadi. kemudian gaul sebati sambil masukan air yg diasingkan tadi.
3) bentukan doh yg agak-agak boleh dicanaikan. bahagi tepung kepada 6 bulat2.

-doh putih
1) masukan tepung garam+ajinamoto,majerin dan air. jadikan doh.
2) bahagi tepung kepada 6 bulat2.

- 1) selesai membuat doh utk kedua2nya. canai tepung pedas. dan kemudian yg putih. gabungkan. canai kedua2 lapisan sehingga nipis. gulung. kemudian potong nipis2 dengan pisau yg tajam.
2) goreng hingga kekuningan. dan siap untuk dimakan...

PS   Kalau nak mudah dipotong msukan dlm peti beku utk beberapa jam kemudia bru dipotong2

KEK LUMUT LAPIS CHEESE

#sumber fb

BAHAN A

250 GM CREAM CHEESE
50 GM GULA CASTOR
1 SUDU BESAR SUSU CAIR
1 SUDU BESARLEMON JUS
1 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR

(PUKUL SEMUANYA SEHINGGA SEBATI)

BAHAN B

1 CAWAN TEPUNG GANDUM-AYAK
1 CAWAN HORLICK
1 CAWAN SUSU PEKAT MANIS
1 CAWAN MINYAK MASAK
4 BIJI TELUR(B)
4 SUDU BESAR SERI KAYA
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA

MASUKKAN MINYAK DGN SUSU-MIXER SEBATI
MASUKKAN TELUR SATU PERSATU
MASUKKAN SERI KAYA
MASUKKAN TEPUNG BERSELANG SELI DGN HORLICK
ISI PEWARNA HIJAU DAN ESEN VANILLA
BAHAGI 2
SETIAP LAPISAN 30 MINIT
ISI ADUNAN CHEESE,KUKUS 20 MINIT
LAPISAN TERAKHIR 30 MINIT,,KUKUS SAMPAI MASAK

*RESEPI DARI GROUP"RESEPI RINGKAS*TQVM

KEK BATIK

Minum ptg..kek batik..resepi simple..

Bahan2 :
* butter 250g
* susu pekat 3/4 tin
* milo 2 cwn
* serbuk koko 3 sdm
* beskut marry 30 kpg
* badam sanggai segenggam

Cara2 :
* cair kan butter dlm periuk..api slow..
* masuk Milo, serbok koko, susu..kcau sebati
* patahkan beskut marry dlm mangkuk
* curah bahan yg masak tdi..gaul..masukkan
   badam..gaul sebati
* alas bekas dgn aluminium foil..sy guna
   bekas yg buat kek pisang
* tuang & ratakan..simpn smlm dlm peti ais
* utk topping sy just cairkan milk compound
   Beryls campor sikit susu..tabor badam sikit

Kek Tiramisu

#sumberfb

Bahan:
*sediakan sponge cake
** saya guna biskut Bonomi

Isian keju:
250gm krim keju
120gm gula kastor
150gm yogurt perisa asli
200gm whipping cream/ krim putar
20gm gelatin
80ml air panas
Sedikit serbuk milo dan koko

Cara:
A - Pukul whipping cream hingga kental, simpan dalam peti ais.
Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut.
Masukkan yogurt dan pukul hingga sebati.
Cairkan gelatin dengan campurkan air panas.
Setelah sejuk sedikit, masukkan ke dalam adunan keju tadi.
Masukkan whipping cream tadi, kacau sebati.

----satu cara lagi:

B - Pukul whipping cream hingga kental, simpan dalam peti ais.
Krim keju dipotong dadu, masukkan ke dalam periuk yg dicampur ngn gula kastor.
Panaskan atas api yg kecil hingga cair. Pastikan sentiasa dikacau.
Masukkan yogurt, kacau sebati.
Cairkan gelatin dengan campurkan air panas.
Padamkan api. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan semula ke dlm mangkuk pgadun. Masukkan Whipping cream tadi, kacau sebati.

Celupkan biskut Bonomi dengan air susu suam (jika guna susu pekat tmbah air, jgn terlalu manis / blh juga guna susu UHT)
Atau celup dalam air milo.
Susun biskut pada dasar bekas plastik / blh guna guna Loyang jenis ‘losse tin’
Taburkan serbuk milo dan koko (jika nak salah satu pon blh )
Masukkan adunan keju tadi, kemudian masukkan biskut…berselangseli dengan adunan keju.
Akhir sekali, hias dengan serbuk oreo dan parutan keju cheddar, Atau taburkan serbuk koko n coklat parut.  ( blh ubah ikut citarasa)
Masukkan dalam p/sejuk 1-2jam utk bekukan adunan keju- untuk yg dlm bekas plastik, utk sebiji kek plu simpan 4-5 jam sebelum dipotong.
Sesuai dimakan masa ia sejuk.

***** untuk lapisan biskut, saya guna serbuk oreo / biskut marie 200gm + 70gm mentega/ butter yg dicairkan... gaul rata kemudian tekan pada dasar loyang. simpan dlm p/ais 30min.

<3 SELAMAT MENCUBA <3

PUTERI AYU CHEESE

#sumber fb

2 biji telur
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan atau susu cair
1 sudu teh ovalette
Pewarna pilihan
Sedikit esen vanilla atau perisa pilihan

BAHAN CREAM CHEESE
250 gm cream cheese
80 gm gula castor
25 ml air
20 gm tepung gandum
1 biji telur

Satukan kesemua bahan2 cheese dan pukul hingga licin dan sebati. Ketepikan.

CARA2NYA:-

1. Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang.

2. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.

3. Masukkan santan atau susu cair & tepung dan pukul lagi hingga sebati.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.

5. Jika nak perisa yang berlainan, boleh letakkan perisa untuk setiap bahagian.

6. Sediakan acuan puteri ayu secukupnya. Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak.

7. Didihkan air di dalam kukusan.

8. Isikan adunan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api sederhana.

9. Setelah itu, letakkan adunan berwarna hingga penuh dan kukus lagi lebih kurang 7-10 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dari acuan.

* Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih
*Gunakan api yang sederhana untuk mendapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.

NOTA dari Aini Binte Madon
Saya masukkan adunan tepung dan adunan cheese ke dalam piping bag supaya mudah dan cepat untuk isi ke dalam acuan.

SELAMAT MENCUBA...